Tuesday, May 17, 2011

SELAMAT HARI GURU

walaupun dah lambat sehari aku still nak ucapkan selamat hari guru pada semua guru-guru terutamanya guru aku masa tadika,sekolah rendah,sekolah menengah dan universiti.. kpd bakal-bakal guru seperti aku juga aku nak ucapkan happy teacher day..
tak sangka masa beredar begitu pantas.. tak aku sangka yg aku bakal seorang guru.. masih aku ingat bila cikgu aku bertanya apa cita-cita aku.. rasanya menjadi seorang guru tak termasuk dalam senarai cita-cita aku.. bila cikgu aku kata "faizal nanti awak jadi guru la" (peristiwa ni masa sekolah menengah), jawapan aku: tak lah, tension jd cikgu ni, cepat dpt sakit jantung n darah tinggi.. (apa punya jawapan la)..
masa sekolah menenagah aku ada sorg cikgu yg aku memg rapat dan aku syg.. (cikgu2 lain aku syg jugak tau).. nama dia cikgu nazri.. dialah idola aku dan aku jadikan contoh.. aku salah seorg murid pertama dia bila dia posting di smktar.. dulu kami memg rapat.. carila mane cikgu yg boleh hang out dengan anak murid.. aku, iwan dan fifi memg slalu keluar dgn cikgu ni.. kitaorg rapat la.. dalam kelas dia memg serius mengajar.. tp bila diluar kelas dia la seog yg easy going, mesra dengan para pelajar.. masa form 6 dia aja aku subjek ekonomi.. mcm2 kenangan la.. klu nak cerita panjang berjela.. ape masalah, nak pendapat semua aku naye kat die..mase nak pilih kos pengajian mase mula2 masuk u tu die la yg suh aku amik bidang pendidikan.. kalau x aku x pilih der.. die nye pengaruh memg kuat la.. mak n ayh aku memg la setuju.. siap ckp "jd la mcm ckgu nazri tu nanti, cube dengar ckp dia".. now! sapa sangka aku dah abis pengajian.. berkat nasihat dia aku bakal mejadi seorang guru..
terlalu banyak kenangan dengan cikgu nazri ni.. memg aku syg kat die.. die la guru yg mengajar aku erti kehidupan..
yang kat tengah2 tu la cikgu nazri.. masa ni dia baru je pas kawin x silap aku.. tp skrg dia x mengajr dekat sekolah aku dulu.. dah pindah ke sekolah lain.. aku kat sebelah dia pakai tai hitam.. kurus la plak.. baru lepas kuar PLKN.. huhuh.. untill now kami masih caling2.. dulu manje kot aku dgn dia ni.. hihih.. dak2 ni kate aku anak murid kesygn die.. tp dlm kelas mase mengajar dia x pernah nak beza2kan.. smua sama rata.. klu aku buat salah pun aku kene tegur dengan dia..
lepas ni aku jd guru x tau la plak mcm mane cabarannya.. tp sikit2 dah aku rasa mase aku praktikal dulu.. ingat aku masa sambut hari guru kat smk padang temu.. dengan tema purple.. kami berempat sbg guru praktikal.. aku, am, nadia dan min.. cabaran sbg guru bsr.. menyampai ilmu, apatah lagi dengan menghadap karenah pelajar.. bukan mudah.. cabaran apa2 pun kene hadapi dengan sebaik mungkin
tu dia time menyambut hari guru kat sekolah praktikal.. habis satu sekolah dah jd lautan purple.. min dikhabarkan baju nye mendapat tajaan butik ternama.. tak gitu adie.. huhuh.. kenangan2.. teringat jugak dekat anak2 murid yg x ramai tu.. tp wlpun x ramai nak handle diorg mcm ramai sgt ank murid aku.. mcm2 perangai diorg ni.. wlpun kdg2 naik angin jugak tp bersama diorg buat aku terhibur jugak
tu la anak murid2 aku.. ceh! tanpa sedari ade tanduk dibelakang aku.. kurang asam tol..huhu..rindu lak dgn diorg ni.. lama dah x jumpa after praktikal.. klu ade jodoh jumpa lagi la yer..
lepas ni sape lak anak murid aku? aku sendiri pun x tau.. aku berdoa semoga aku menjadi guru yg terbaik mendidik anak2 murid dengan ikhlas..
amin
SELAMAT HARI GURU

No comments:

Post a Comment