Sunday, February 17, 2013

kerja ckgu ni multitasking


Kenapa Gaji Cikgu Naik?
Respon orang yang TAK PUAS HATI 
1. Kerja cikgu ni senang.
2. Kerja sikit. Cuti banyak.


HANYA ORANG YANG TAK TAHU MENILAI PROFESSION PERGURUAN SAHAJA YANG BERKATA DEMIKIAN. KERJA CIKGU NI BUKANNYA MUDAH SEPERTI YANG DI GEMBAR-GEMBURKAN...

Masa pertandingan bola.. cikgu jadi REFEREE..
Masa budak nak bertanding apa-apa acara... cikgu jadi JURULATIH
Masa aktiviti KH.. cikgu jadi PETANI..
Masa kutip yuran.. cikgu jadi AKAUNTAN..
Masa RMT.. cikgu jadi PELAYAN..
Masa budak sakit.. cikgu jadi DOKTOR..
Masa ceramah.. cikgu jadi MOTIVATOR..
Masa hias kelas.. cikgu jadi PELUKIS SENI..
Masa persembahan hari guru.. cikgu jadi KOMPOSER..
Masa baiki kerusi rosak.. cikgu jadi TUKANG KAYU..
Masa budak muntah/berak dalam kelas.. cikgu jadi TUKANG CUCI..
Masa budak mencuri.. cikgu jadi DETEKTIF..
Masa budak wat persembahan... cikgu jadi PHOTOGRAPHER
Masa perkhemahan.. cikgu jadi TENTERA..
Masa hari kantin.. cikgu jadi PENIAGA PASAR MALAM..
Masa hari Guru... cikgu jadi PENYANYI..
Masa gotong royong sekolah... cikgu jadi TUKANG KEBUN
Masa masuk waktu solat.. cikgu jadi TOK IMAM..
Masa parent amek lambat... cikgu jadi BABY SITTER..
Masa budak bergaduh.. cikgu jadi HAKIM MAHKAMAH..
Masa budak sakit kecemasan.. cikgu jadi PEMANDU AMBULANS..
Masa merentas desa.. cikgu jadi POLIS TRAFIK..
Masa budak sedih.. cikgu jadi PELAWAK....

Tuesday, January 1, 2013

Selamat Tahun Baru

Assalamualaikum
Selamat Tahun Baru
:) Smile :)

pejam celik pejam celik dah berganjak tahun.. bertambah satu angka umur kita.. nasib imasih sweet 19 (tetibe).. ahahah.. biasanya setiap tahun setiap manusia akan memasang azam masing-masing.. tapi bg aku setiap tahun tak ada azam khusus yg aku buat.. 
bagi aku walaupun tahun berganjak dan hari silih berganti bagi aku setiap hari tu la merupakan haru baru kita.. setiap hari kita belajar benda baru..setiap hari kita berusaha utk menempuh hari kita dengan melakukkannya dengan baik..
tahun ni aku dah berkerjaya.. apa yang aku harap aku dapat melakukan yg terbaik dalam kerjaya aku.. sebabnya bukan sahaja melibatkan masa hadapan aku tapi jugak masa hadapan org lain.. bukan senang menjadi seorang guru.. tp apa yang aku boleh buat adalah dengan melaksanakan tugas aku dengan sebaik yang mungkin
AMIN