syukur alhamdulillah
27.September.2011 adalah tarikh keramat dalam hidup aku bila aku dah pun memegang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan, UKM
sapa sangka masa beredar begitu pantas.. setelah 4 thn aku bergelumang dlm hidup sbg pelajar universiti, akhirnya segala usaha selama ni terbalas.
suatu ketika dulu :
- aku bukanlah seorang pelajar yang pintar semasa zaman sekolah.. upsr pun x dapat 5a..
- masa sekolah menegah aku dari form1-2 aku ditempatkan di kelas yg ketiga.. kemudian, usaha demi usaha aku terus melompat kelas yg pertama.. masa tu agak menjadi isu dikalangan guru.. ye la aku ni bukan pelajar yg pintar. dengan aktiviti kesenian aku yg lebih menonjol di sekolah menyebabkan guru2 x except aku boleh masuk kelas 1st.. bila pmr aku hanya dpt 1a shj.. dengan persaingan yg hebat bile aku dah masuk kelas 2.. tp dari situ aku bergaul dgn pelajar2 yg pintar dan buatkn aku semangat nak bljr.
- masuk form4-5 aku ditempatkan kelas sains fizikal.. spm pun x berapa bagus.. dpt 2a shj.. jd jgn berangan masa tu nak masuk u..
- bila masuk form6.. aku memg semangat sgt.. dgn bimbingan guru kesygn aku ckgu nazri buatkan aku lebih semangat bljr.. klu xde die aku rasa aku x kan sampai ke tahap ni.. bermula dari exam percubaan aku diangkat sbg pelajar terbaik.. kemudian bila stpm aku terpilih sbg salah seorg pelajar cemerlang.. masa tu ramai ckgu bukak mata.. ye la.. spt aku ckpkn.. diorg x except aku boleh jd mcm tu.. aku pernah nagis bila ada seorg guru tu mempertikaikan aku mcm mane boleh jd pelajar cemerlang.. tp skrg aku dah buktikan kat dia.. bukan aku nak bongkak.. tp aku nak jgak bterima kasih kat die.. klu x sbb petikaian dia tu x kan buat aku lebih berusaha sehingga berjaya ke tahap ni..
bila masuk universiti:
- sikit aku x pernah terbayang yg aku akan menjejakkan kaki ke universiti.. dulu aku takut nak masuk u sbb aku rasa pembelajaran sgt tough dan aku takut x mampu nak bawak..
- aku x nak amik kos pendidikan. dulu aku protes.. tp skali lagi atas nasihat ckgu nazri dan mak ayh aku amik kos ni.. mula2 aku mcm beperang dgn diri sendiri.. tp lama kelamaan aku boleh terima dan aku rasa ini yang sesuai dgn aku.. bila aku dah start praktikal aku dah dpt membayangkan keadaan sbnr bila aku akan jd ckgu..
- sem 1 aku rasa mcm lost.. mana x nya.. pembelajaran yg berbeza.. buat aku rasa give up.. tp aku x leh berpatah kebelakang.. aku teruskan jugak.. usaha dan terus usaha.. setiap sem keputusan yang aku dapat semakin meningkat.. alhamdulillah.. dgn aku mencipta rekod sendiri bila aku dpt anugerah dekan 3 sem berturut2.. tu adalh rekod peribadi yg aku buat.. dan result praktikal yg x dijangka buat aku rasa lebih bersemangat..
semua coretan yang aku buat bukan atas dasar aku nak menunjuk.. cuma aku nak jdkan iktibar kepada diri aku.. klu anda juga membaca boleh dijadikan teladan.. kalau kita bermula dari tidak pandai x semestinya kita x boleh berjaya.. usaha dan terus usaha pasti kiter akan melangkah maju.. sbg org sekeliling kita perlu memberi sokongan.. apa yg aku rasa dulu bila aku rasa x dipandang akan boleh maju buat aku mahu lebih maju.. ermm..ckgu2 sekolah aku rasa kene ubah persepsi.. kdg2 pelajar yg lebih menonjol dalam bidang bukan akademik di sekolah x semestinya mereka bodoh.. tp sbg guru bimbingan yang diberikan mampu menyuntik semangat pelajar utk menjadi cemerlang.. jika kita tidak merubah diri kita utk berjaya, pasti kita akan berada di tahap yg sama.. yakin pada diri sendiri..
p/s: rasa entry ni terlalu skema.. tp x pe la.. utk entry kali ni jer.. huhuh..
No comments:
Post a Comment